Keterangan Lencana SMKSJ


SMKSJ - Singkatan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya.

Bintang - Bintang bucu empat belas warna kuning melambangkan SMK Seberang Jaya adalah salah satu sekolah bagi negeri-negeri dalam Malaysia.

Bulan - Bulan sabit warna kuning melambangkan agama Islam yang didokong oleh SMK Seberang Jaya.

Bulatan Kembar Tiga - Dua bulatan kembar tiga bersambungan antara satu sama lain melambangkan penglibatan SMK Seberang Jaya di dalam aktiviti sukan.

Obor - Obor bernyala warna merah melambangkan jiwa dan hati yang berkobar-kobar bagi pelajar dan guru dalam mencapai misi dan visi.

Siswa - Bayangan siswa warna hitam melambangkan SMK Seberang Jaya menghasilkan bakal-bakal siswa yang berdaya saing dan kental menempuh cabaran.

Bunga Berdaun - Bunga Raya berdaun hijau melambangkan SMK Seberang Jaya adalah salah satu institusi bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia atau Negara Malaysia.

Jambatan - Jambatan Pulau Pinang melambangkan SMK Seberang Jaya mewakili Pulau Pinang yang menjadi mercu tanda kejayaan negeri.

Buku - Melambangkan SMK Seberang Jaya adalah satu institusi pengajaran dan pembelajaran yang melahirkan pelajar-pelajar BERILMU dan BERMORAL.

Tahun 1990 - Melambangkan tahun SMK Seberang Jaya ditubuhkan pada tahun 1990 dan mejadi institusi sekolah.

Padi - Padi yang banyak dan dirangkaikan dengan bunga Raya dan buku melambangkan pelajar-pelajar yang berkualiti dihasilkan oleh SMK Seberang Jaya untuk negara.

Bangunan - Melambangkan pembangunan pelajar untuk negara kita Malaysia.